Tuesday, 3 April 2012

Cara Lipat baju dengan Pantas

Hari ini, aku nak share cara pantas nak lipat baju. Aku selalu mengalami masalah nak lipat baju ni, sebab aku lipat lambat dan tak kemas. so aku pun kongsilah cara ni.hehe
Pinches
The folding
The flick
Finish
Read more »

Pijak kepala dalam kereta


BEGINI...anak mangsa, Nurul Azita Mat Yusof menunjukkan cara ibunya dicekik penjenayah.
BACHOK: Seorang warga emas bukan saja disamun sehingga kerugian RM30,000, tetapi turut diperlakukan seperti haiwan apabila dipijak kepala, dicekik serta dicampak ke kebun getah enam kilometer dari rumahnya dalam kejadian di Kampung Gunung, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Mek Mat Dam, 70, didatangi dua lelaki tidak dikenali yang masuk ke dalam rumahnya dan mencekiknya sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.




Ketika kejadian, cucunya, Mohd Afiq Fakrul Anuar, 5, turut berada di rumah, namun dia tidak diapa-apakan.
Cucunya memaklumkan kejadian itu kepada suami Mek, Mat Yusof Che Lah, 75, yang berada di sebuah kedai berhampiran rumahnya.
Menurut Mek, dua lelaki terbabit membawanya masuk ke dalam kereta Proton Inspira berwarna hitam dan meletakkannya di bahagian bawah kerusi tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan kepala dipijak dan lehernya dicekik.
Harian Metro
Read more »

Wanita samun kakak ipar dicari


SHAFIEN menunjukkan rantai emas dan barang rampasan lain pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Selatan semalam.
NIBONG TEBAL – Polis sedang mencari seorang wanita yang dikenali sebagai Zarina Begum Sujaudeen (gambar kecil), 32, bagi membantu siasatan berhubung kes samun mengakibatkan kerugian RM125,000 di rumah kakak iparnya di Taman Cempaka, Batu Kawan dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, Zarina bersama seorang lelaki yang tidak dikenali dikatakan pergi ke rumah kakak iparnya pada pukul 8.50 pagi semalam.
Read more »

Pelajar maut disambar petir


SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.
Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.
Read more »

Ustaz tawar pakej gugur janin


KUALA LUMPUR: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.
Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.
Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.
Hasil tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan saban hari tanpa mengira waktu.

Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.


Harian Metro
Read more »